gum-arabic-raw-2

Harga RM 35.00

Berat Bersih : 250 gm

Dari Sumber Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia

  1. Gum Arabic mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi, iaitu 85% – 87%. Ianya adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari susu ibu.
  2. Mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan.
  3. Mengandungi 27% protein hydroxyproline yang baik untuk daya ingatan dan sumber kolajen.
  4. Mempunyai kandungn kalsium 10 kali ganda susu lembu.
  5. Bagi setiap 45g (3 sudu besar) Gum Arabic, ianya mengandungi serat larut air melebihi 15 biji epal dan prebiotik melebihi 30 biji epal.

Tahukah Anda Gum Arabic Adalah Makanan Yang Baik  Bagi

  1. Sakit Buah Pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum menjalani dialisis)
  2. Sakit bengkak buah pinggang
  3. Kencing kotor
  4. Buasir, Cirit-birit
  5. Kolestrol tinggi, Sembelit
  6. Diabetes, Gout
  7. Berdiet kerana ia tinggi dengan kandungan fiber
  8. Batu karang, Lumpuh atau stroke
  9. Menguatkan Antibodi melawan pelbagai penyakit
  10. Tekanan darah tinggi, Kanser prostat

Penemuan Hasil Kajian Gum Arabic

  • The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.
  • Sumber prebiotik semulajadi yang membekalkan makanan kepada bakteria baik (probiotik) yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, racun dan lemak berlebihan dari badan.
  • Menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids) yang membantu penghasilan tenaga kepada tubuh badan.
  • Menguatkan sistem imuniti (daya tahan badan) dan memerangi bakteria berbahaya.
  • Mengurangkan kolestrol dalam darah dan juga sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
  • Membantu mempertingkatkan penapisan buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan Gum Arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
  • Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
  • Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus seperti esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dubur dan membantu meningkatkan prestasi usus.
  • Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
  • Membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.
  • Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes.
  • Membantu merawat masalah kencing tak lawas.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Membantu masalah datang bulan yang tidak teratur.
  • Melegakan penyakit gout dan sendi.
  • Membantu merawat pesakit asma, eczema, kelemumur dan penyakit kulit.
  • Melancarkan sistem penghadaman dan menyah racun melalui pembuangan najis.
  • Membantu penyembuhan bagi pesakit strok.

Manfaat Gum Arabic Atau Al-Manna

Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah:-
1. The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.

  1. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
  2. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
  3. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
  4. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
  5. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
  6. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
  7. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
  8. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
  9. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang.
  10. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan.
  11. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
  12. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.
  13. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.
  14. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah.

Testimoni Hebat

Tak Perlu Lagi Ke Pusat Dialisis!
JIMAT Ribuan Ringgit Sebulan!..
Pilihan Utama Pesakit Buah Pinggang!
Hanya pemakanan sunnah hebat dan meyakinkan!- Arabic Sweet Gum, atau dalam Al-Quran dipanggi l Manna.
Semudah larutkan dalam air dan minum (seperti air gula).
Kajian mendapati ianya amat bagus bagi pesakit buah pinggang

Sakit Buah Pinggang Tahap Dialisis..

” Ramli, 41 tahun, adalah juga bukti khasiat getah ini kerana beliau dahulu terpaksa menjalani rawatan dilasis tiga kali seminggu kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Berkat penggunaan getah itu selama tujuh bulan buah pinggangnya sudah puleh dan beliau sejak 10 bulan kebelakangan ini tidak lagi perlu menjalani rawatan itu. “                                                                                           

Penyelidikan Terhadap Khasiat Getah Arab Di UKM

KUALA LUMPUR, 28 Jun, 2011 – Getah Arab (Gum Arabic) sejenis prebiotik asli yang hanya terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industeri perubatan, makanan dan solek antarabangsa akan dapat menguatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab halal dengan adanya penyelidikan rapi mengenainya yang dipelopori UKM.

Universiti ini terlibat dalam suatu usahasama tiga pihak antara kerajaan, universiti dan sewasta untuk meningkatkan pengenalan terhadap khasiat kesihatan dari getah ini.

Pihak kerajaan terdiri dari Lembaga Gum Arabic Sudan (GAB) dan Kedutaan Besar Sudan di sini manakal UKM adalah rakan universiti dan pihak sewasta pula diwakili Natural Prebiotic Sdn Bhd dan pengarahnya Ramli Sani yang mencetuskan usaha kolaborasi ini.

Ramli, 41 tahun, adalah juga bukti khasiat getah ini kerana beliau dahulu terpaksa menjalani rawatan dilasis tiga kali seminggu kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Berkat penggunaan getah itu selama tujuh bulan buah pinggangnya sudah puleh dan beliau sejak 10 bulan kebelakangan ini tidak lagi perlu menjalani rawatan itu.

Beliau terlibat menjalankan beberapa project kontrek di Sudan dan kini adalah setiausaha agung Dewan Perniagaan Malaysia Sudan. Pengalamannya menggunakan getah Arab itu telah membawanya kepada Profesor Dr Aminah Abdullah, Felo Utama di Sekolah Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi UKM hingga membawa kepada termeterainya surat hasrat mengadakan hubungan antara mereka bulan Jun tahun lalu.

Ramli begitu yakin dengan usaha itu hingga sanggup menyerahkan tiga peratus dari untung runcit oleh syarikatnya Natural Prebiotic kepada usaha penyelidikan mengenai getah itu oleh UKM. Natural Prebiotic adalah pengedar tunggal produk getah Arab di rantau ini melainkan Indonesia.

Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut yang menentukan pengkhadaman makanan dapat berfungsi dengan baik. Bahan ini kini terdapat dalam makanan seperti berteh, beberapa jenis roti dan juga kapsul kebanyakannya di impot dari Barat.

Kelebihan getah Arab dari Sudan ini ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua jenis pohon acasia yang hanya boleh di tanam di Sudan. Usaha menanamnya di negara jiran Sudan seperti Chad dan juga di Amerika telah gagal.

Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.

Antara beberapa produk getah Arab ini yang diedarkan syarikat Natural Prebiotic di sini, negeri Thai, Singpura dan Brunei dalam bentuk kapsul dikatakan boleh mengatasi masaalah senak perut dan sembelit, mengawal kedudukan gula dalam badan, meningkatkan sistem imunasi dan menguatkan tenaga.

Syarikat itu juga memasarkan sejenis minuman dari buah Baobab yang kaya dengan vitamin C dan B dan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi selain mempunyai kandungan antioxidan yang tinggi sebagai penawar ceret beret dan sembelit.

Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.

Naib Canselor UKM Profesor Tan Sri Dato’ Wira Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin hari ini merasmi Persidangan Antarabangsa Getah Arab dan kemudian menyaksikan upacara menanda tangani perjanjian antara UKM dan Natural Prebiotic untuk melakukan penyelidikan bagi meningkatkan penggunaan getah itu serta mengesan khasiatnya yang lain.

Beliau menganggapkan kolaborasi tiga pihak itu sebagai suatu usaha strategik. UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan berminat meningkatkan pengetahuan yang boleh mendatangkan faedah kepada kedua negara Malaysia dan Sudan.

Dengan kerjasama GAB, Pusat Inovasi Bagi Teknologi Manisan (MANIS) dibawah kelolaan Prof Aminah usaha penyelidikan tentunya boleh dilakukan untuk memantabkan lagi penggunaan getah Arab dalam industeri pemakanan, perubatan, persolekan dan kesihatan.

MANIS akan menumpukan penyelidikannya terhadap meningkatkan penggunaan getah itu untuk mengeluarkan produk gula-gula dan konfektionari. Beliau juga berharap GAB akan membantu mengujudkan Pusat Penyelidikan Getah Arab sebagaimana dicadangkan MANIS.

Getah Arab, katanya, bukan saja suatu produk tambahan yang digunakan untuk pengemulsi, memekatkan selain dari sebagai prebiotik ia juga adalah suatu produk halal.

Beliau yakin penyelidikan di UKM itu akan membawa kepada pengeluaran produk lebih inovatif yang boleh meningkatkan permintaan getah itu di pasaran antarabangsa.

Persidangan hari ini juga disajikan pertunjukan mengenai kegunaan getah itu dalam industeri makanan dan perubatan. Kertas-kertas kerja yang dibentangkan juga menyentuh usaha penyelidikan yang telah pun dijalankan berhubung dengan khasiat kesihatannya.

Prof Sharifah Hapsah juga berharap penyelidikan terhadap kemungkinan penggunaan getah Arab dan carrageenan, suatu produk dari rumpai laut Malaysia boleh menghasilkan makanan hidrocoloid yang lebih baik dari gelatin untuk kegunaan dalam makanan halal.

UKM kini menampung seramai kira-kira 40 orang pelajar pasca siswazah dari Sudan dalam berbagai fakultinya. Ada diantara mereka ditaja Kerajaan Malaysia di bawah program bantuan teknikalnya. Beliau berharap dengan bantuan GAB lebih ramai pelajar Sudan dilatih di UKM bagi menambahkan modal insan untuk penyelidikan getah itu.

Prof Aminah berkata penyelidikan yang akan dijalankan akan merangkumi potensi kegunaan getah untuk kepentingan kesihatan dan juga sebagi bahan dalam bahan makanan halal. Ini, katanya, akan berupa satu usaha bagi untuk kepentingan dunia Islam.

Pengurusi GAB Dr Taj El Sir Mustafa berkata kini hanya antara 40,000 hingga 50,000 tan getah Arab dihasilkan setahun dan diekspot dalam kedudukan aslinya.

Beliau juga menerangkan bahawa pengeluaran itu dapat ditingkatkan hingga 500,000 tan setahun dengan mudah kiranya ada penambahan permintaan berkat pengetahuan luas mengenai khasiat kesihatannya

Al-Manna @ Gum Arabic Baik utk buah pinggang anda.

Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah “as-Samghu” atau Gum Arabic ini. Ia juga dikenali sebagai Gum Acacia, Arabian Sweet Gum, al-Manna dan Gum Arab.

Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan sebagai prebiotik, ia juga merupakan antioksidan yang amat baik, pesakit buah pinggang, gout, masalah asid urik berlebihan dan lain-lain.

Getah Arab (Gum Arabic) sejenis prebiotik asli yang hanya terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industeri perubatan, makanan dan solek antarabangsa.

Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut yang menentukan pengkhadaman makanan dapat berfungsi dengan baik. Bahan ini kini terdapat dalam makanan seperti berteh, beberapa jenis roti dan juga kapsul kebanyakannya di impot dari Barat.

Kelebihan getah Arab dari Sudan ini ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua jenis pohon acasia yang hanya boleh di tanam di Sudan. Usaha menanamnya di negara jiran Sudan seperti Chad dan juga di Amerika telah gagal. Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.

Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.

Cadangan Penggunaan: Arabic Gum Serbuk / Ketul.

  1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.
  2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.
  3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.
  4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih.
  5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan
    kolesterol dengan gum arabic).
  6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.
  7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
  8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
  9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
  10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda’ (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda’ makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda’ sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda’, ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.
  11. Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.
  12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.

 

 

(Untuk Order Sila Hubungi Safwan : 012 – 324 – 9248)

— Agen Dan Dropship Diperlukan —

— Boleh Membeli Secara Harga Borong —

Advertisements